Selasa, 5 Julai 2016 | 11:10am

Arab Saudi, Qatar, UAE raya esok


PENDUDUK Yaman membeli belah di saat akhir bagi menyambut raya. - Foto EPA

RIYADH: Negara-negara Teluk mengumumkan sambutan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan pada esok, 6 Julai 2016.

Agensi berita rasmi Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Kuwait memetik pihak berkuasa agama sebagai berkata bahawa hari raya tahun ini akan bermula pada Rabu selepas anak bulan Syawal yang menandakan permulaan perayaan tiga hari berkenaan tidak kelihatan.

Penetapan permulaan hari raya Aidilfitri berbeza setiap tahun dan dari negara ke negara bergantung kepada lokasi geografi.

Aidilfitri bermaksud "perayaan berbuka puasa" dan menandakan berakhirnya Ramadan. Ia adalah hari cuti rasmi di semua negara majoriti Islam.

Sementara itu, Yaman, Indonesia, dan Filipina juga dalam kalangan negara yang mengumumkan Rabu sebagai hari pertama Hari Raya. - Agensi

Berita Harian X