Rabu, 13 Julai 2016 | 12:22am
DUA penagih dadah yang sedang khayal di dalam sebuah bilik hotel murah - Foto Ghazali Kori
DUA penagih dadah yang sedang khayal di dalam sebuah bilik hotel murah - Foto Ghazali Kori
BILIK seumpama sarang tikus ini sudah cukup selesa bagi penagih dadah - Foto Ghazali Kori
BILIK seumpama sarang tikus ini sudah cukup selesa bagi penagih dadah - Foto Ghazali Kori
PENAGIH dadah memasuki lokasi bagi mendapatkan bekalan dadah. - Foto Ghazali Kori
PENAGIH dadah memasuki lokasi bagi mendapatkan bekalan dadah. - Foto Ghazali Kori
KAWASAN pengedaran daadah berhampiran PPR Air Panas, Setapak. - Foto Ghazali Kori
KAWASAN pengedaran daadah berhampiran PPR Air Panas, Setapak. - Foto Ghazali Kori

Hotel murah sarang penagih dan pengedar dadah, penjelasan polis

KUALA LUMPUR: Kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di ibu kota turut dilakukan di bilik hotel murah yang menawarkan harga sewa serendah RM30 sehari.

Siri kedua siasatan BH dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar Chow Kit mendapati sebahagian besar hotel murah di situ boleh dijadikan sarang penagihan dan pengedaran dadah.

Di sesetengah bilik hotel murah itu, BH mendapati penagih dadah bersesak-sesak antara empat hingga lima orang dan ada sesetengahnya sedang melepaskan gian beramai-ramai.

Malah, keadaan bilik hotel di situ umpama sarang tikus.

AADK menemui pelbagai peralatan menagih dadah dalam sebuah bilik hotel murah - Foto Ghazali Kori
AADK menemui pelbagai peralatan menagih dadah dalam sebuah bilik hotel murah - Foto Ghazali Kori

Di Lorong Haji Taib, ada beberapa hotel murah yang menjadi sarang penagih dadah dan kebanyakannya menawarkan kadar sewaan serendah RM20 hingga RM40 sehari.

Tinjauan di sebuah hotel di situ menunjukkan satu senario menjijikkan apabila beberapa penagih kelihatan teruk dalam khayal bergelimpangan di lantai bilik dengan ada antara mereka berpenyakit kulit.

Difahamkan, bilik hotel di situ sudah lama dijadikan sarang penagih kerana kos sewanya yang murah dan memudahkan penagih menjalankan kegiatan penagihan selepas mendapatkan bekalan dari pengedar di sekitar kawasan itu.

Pegawai AADK yang bersama dalam serbuan itu berkata beberapa bilik hotel di situ juga turut dijadikan lokasi pembungkusan dadah dalam pek kecil.

Penagih dadah yang ditemui di hotel itu memberitahu, kegiatan mereka di situ sudah lama dilakukan kerana kos sewaan bilik yang murah, selain pemilik hotel yang tidak kisah dengan kegiatan itu.

PENAGIH dadah memasuki sebuah bilik hotel murah di Chow Kit.- Foto Ghazali Kori
PENAGIH dadah memasuki sebuah bilik hotel murah di Chow Kit.- Foto Ghazali Kori

Seorang lelaki dipercayai penjaga sebuah hotel mengakui kegiatan penagihan dadah di bilik hotel itu bukan masalah baginya kerana dia hanya menyewakan bilik kepada sesiapa saja yang mahu menyewa.

"Saya tahu ada penagih sewa tapi mana saya tahu apa dia buat dalam bilik. Saya buat bisnes. Cari untung, jadi apa saya mahu kira apa mereka buat dalam bilik.

"Lagipun, bukan orang yang sama sewa di sini. Selalunya berbeza-beza dan ada juga pelanggan tetap. Saya tidak boleh halang mereka sebab nanti saya tak ada pelanggan," katanya.

"Port" dadah di Jalan Sentul - penjelasan polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Guan Beng Kang, berkata "port' dadah di Jalan Sentul Manis Off Jalan Sentul, Kuala Lumpur, sebenarnya adalah sebuah premis jualan minuman keras jenis samsu atau todi dan beroperasi sejak lebih 35 tahun lalu.

Beliau mengulas laporan BH Isnin mengenai sebuah kawasan di situ yang dijadikan port pengedaran dan penagihan dadah.

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Guan Beng Kang.
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Guan Beng Kang.

Premis yang diberikan kebenaran untuk menjalankan operasi perniagaan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), ini dilaporkan sering menjadi tumpuan antara 300 hingga 350 peminum samsu setiap hari dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti pengedaran dan penagihan dadah secara kecil-kecilan di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan rekod serbuan dan pemeriksaan oleh JSJN Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Sentul, seramai 34 individu yang didapati terbabit dalam penyalahgunaan heroin ditahan di luar premis berkenaan sejak 1 Januari lalu hingga hari ini (Selasa).

"Tempat ini memang tiada kegiatan penagihan dadah dan mereka datang untuk minum todi sahaja dan sekiranya ada mereka berkemungkinan datang dari luar dan ingin khayal mimum todi kerana gagal mendapat bekalan dadah," katanya ketika melawat lokasi premis berkenaan bersama BH, pada Isnin. 

Katanya berdasarkan tanggapan dan persepsi masyarakat melihat segelintir individu dalam keadaan khayal keluar dari premis itu membuatkan mereka menganggap pemabuk todi adalah penagih dadah.

Dalam tinjauan BH bersama BSJN Sentul itu, seramai enam individu ditahan di luar kawasan berkenaan dengan tiga dari mereka didapati positif dadah heroin.

Kali terakhir polis melakukan pemeriksaan di kawasan sama adalah pada Jumaat lalu dan memberkas dua penagih dadah mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain seorang lagi penagih pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, penjaga premis berkenaan, S Kandalasamy, berkata pengunjung hanya dibenarkan minum samsu di situ dan sebarang kegiatan berkaitan dadah akan dihalang.

"Saya sudah berniaga di sini sejak 1979 dan kami memastikan tiada sebarang aktiviti jualan dan pengambilan dadah namun sekiranya saya sendiri dan pekerja lain tahu, kami akan menghalau mereka atau memaklumkan kepada polis.

"Mungkin ada dua atau tiga pelanggan yang datang terdiri dari penagih dadah namun kami tidak tahu adakah mereka khayal kerana dadah atau meminum samsu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X