Sabtu, 16 Julai 2016 | 1:22pm
AZWAN menyerahkan mas kahwin RM22.50 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
TERDAHULU pasangan ini mengadakan majlis majlis pertunangan pada jam 10 pagi sebelum upacara akad nikah dilangsungkan.

Azwan Kombos, Ezzaty selamat diijab kabul

BENTONG: Pasangan pelakon, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung jam 11.30 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abdullah Mat Isa disaksikan jurunikah daerah Bentong, Mohd Rasmawi Harun.

Azwan, 31, menyerahkan mas kahwin RM22.50 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran, dibalas tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Terdahulu pasangan ini mengadakan majlis majlis pertunangan pada jam 10 pagi sebelum upacara akad nikah dilangsungkan.

Berita Harian X