Isnin, 18 Julai 2016 | 7:26am

6,000 tentera, anggota kehakiman Turki ditahan

ISTANBUL: Turki terus memperluaskan operasi 'pembersihan' dengan memburu suspek yang menyokong kepada cubaan rampasan kuasa yang sehingga kini lebih 6,000 tentera dan anggota kehakiman sudah ditahan.

Presiden Tayyip Erdogan dan kerajaan mendakwa pemimpin Islam yang berpangkalan di Amerika Syarikat (US), Fethullah Gulen, bekas seteru Erdogan sebagai orang yang bertanggungjawab mewujudkan rangkaian pemberontakan dalam angkatan tentera, mahkamah, polis dan media.


PEMIMPIN Islam yang berpangkalan di Amerika Syarikat (US), Fethullah Gulen. - Foto AP

Penyokong Erdogan yang berkumpul di kediamannya di Istanbul mahu agar kerajaan mengenakan hukuman mati kepada pengkhianat terbabit.

"Kita tidak boleh mengetepikan kemahuan orang ramai ini. Ini demokrasi, apa yang rakyat mahu ia perlu dilaksanakan," kata Erdogan dalam ucapannya di perhimpunan rakyat itu.

Beliau berkata, kumpulan pemberontak yang diketuai Gulen itu sudah melakukan 'kemusnahan' dalam angkatan tentera dengan anggotanya di semula peringkat ditahan dan dikhuatiri 'virus' itu akan berterusan tersebar dalam institusi berkenaan.

Gulen bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dengan cubaan rampasan kuasa itu.

Erdoga meminta orang ramai terus berada di jalanan sehingga Jumaat ini atau selewat-lewatnta malam Sabtu bagi menunjukkan kesatuan mereka menentang cubaan meruntuhkan kerajaan.

Gambar di media sosial menunjukkan tentera yang ditangkap dengan setengahnya hanya berpakaian dalam, digari dan diarah berbaring sama mereka di atas lantai di sebuah dewan sukan di Ankara.

Satu klip video di Twitter menunjukkan jeneral tentera yang diberkas dalam keadaan luka dan berbalut.

Akin Ozturk, Panglima Angkatan Tentera dari tahun 2015 dikenal pasti sebagai salam seorang daripada perancang utama kepada cubaan rampasan kuasa berkenaan dan dia sudah ditahan.

Kementerian Luar Turki memaklumkan angka kematian meningkat kepada lebih 290, termasuk 100 membabitkan pemberontak dengan 1,400 orang dilaporkan cedera. - AFP

Berita Harian X