Selasa, 19 Julai 2016 | 10:48am

Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah dan Perak dijangka berterusan sehingga lewat pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam laman webnya hari ini berkata antara daerah yang terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling serta Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, ia melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Semalam, beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dinaiki air berikutan hujan lebat yang berterusan.

Jabatan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini berkata setakat 6.15 pagi ini, 30 mangsa banjir daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara. - BERNAMA

Berita Harian X