Rabu, 20 Julai 2016 | 11:18am

Polis tahan 8 orang bantu kes tembak dua beranak

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes menembak mati seorang wanita dan anak perempuannya berusia lapan tahun di Taman OUG di sini, 6 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata semua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an ditahan di sekitar ibu negara dan Perak, semalam.

"Polis turut merampas sepucuk pistol dipercayai digunakan menembak mati mangsa. Kami akan hantar ke makmal untuk tujuan balistik.

"Polis anggap kes ini selesai dengan penahanan semua suspek," katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Berita Harian X