Rabu, 20 Julai 2016 | 1:26pm
Gambar hiasan/Hafiz Sohaimi
Gambar hiasan/Hafiz Sohaimi

FBM KLCI jatuh 0.37% pada penutup sesi pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini pada paras rendah, terjejas dengan aktiviti jualan dalam saham mewah terpilih, diterajui Maybank, Axiata dan TNB.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 6.17 mata atau 0.37 peratus kepada 1,664.38, selepas bergerak dalam turun naik tidak menentu antara 1,664.01 dan 1,669.80 sepanjang sesi pagi.

Ia dibuka 1.06 mata lebih rendah kepada 1,669.49.

Di kalangan saham mewah, Maybank dan Axiata jatuh empat sen setiap satu kepada RM8.12 dan RM5.71, TNB merosot dua sen kepada RM14.28 sementara Public Bank kekal tidak berubah pada paras RM19.54 dan IHH Healthcare naik dua sen kepada RM6.57.

Di kalangan kaunter aktif, Borneo Oil naik setengah sen kepada 19 sen, Hiap Teck meningkat dua sen kepada 29 sen, Vivocom susut setengah sen kepada 27.5 sen dan KNM Group tidak berubah pada 40.5 sen.

Di pasaran yang meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 349 berbanding 302, sementara 355 kaunter kekal tidak berubah, 695 tidak didagangkan dan 17 lain digantung.

Jumlah perdagangan berada pada paras 938.16 juta saham bernilai RM561.35 juta.

Indeks FBM Emas jatuh 38.80 mata kepada 11,642.06, Indeks FBMT 100 merosot 41.56 mata kepada 11,338.31 dan Indeks FBM Emas Shariah 45.93 mata lebih rendah kepada 12,208.06.

Indeks FBM 70 jatuh 46.53 mata kepada 13,192.71 dan Indeks FBM Ace 4.66 mata lebih rendah kepada 5,550.94.

Indeks Kewangan jatuh 31.23 mata kepada 14,239.23, Indeks Perladangan merosot 33.76 mata kepada 7,558.89 dan Indeks Perindustrian menyusut 21.35 mata kepada 3,133.53. - Bernama

Berita Harian X