Ahad, 24 Julai 2016 | 11:30pm

Turki siasat pihak anggap cubaan rampasan satu pembohongan


MENTERI Kehakiman, Bekir Bozdag. - Foto ihsan CNN Turk

ISTANBUL: Pendakwa raya Turki sedang menyiasat pihak yang membuat dakwaan di media sosial bahawa cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu adalah satu penipuan dilakukan kerajaan, kata menteri kehakimannya hari ini.

Ia berikutan gambaran dikatakan sesetengah pengkritik meningkatnya sekatan menyuarakan pandangan susulan pemberontakan gagal oleh pihak tentera.

Menteri Kehakiman, Bekir Bozdag, dalam satu temuramah dengan stesen televisyen Kanal 7 hari ini, berkata sesiapa yang mengatakan cubaan rampasan sengaja dirancang kemungkinan mempunyai peranan dalam rampasan yang ditumpaskan tentera yang setia dan penunjuk perasaan pro-kerajaan.

Pada masa sama, pihak berkuasa Turki bercadang mengambil lebih 20,000 guru bagi menggantikan mereka yang dipecat dalam pembersihan pihak berkomplot disyaki melakukan rampasan di sekolah dan institusi lain.

Menteri Pendidikan, Ismet Yilmazm, berkata guru baharu akan menggantikan pendidik negeri yang dipecat serta guru di sekolah persendirian disyaki ada kaitan dengan Fethullah Gulen, ulama Turki yang menetap di Amerika Syarikat.

Gulen menafikan beliau mengarahkan cubaan rampasan meragut kira-kira 290 nyawa itu.

Dalam satu tindakan tegas lain, Turki membubarkan Pengawal Presiden selepas menahan hampir 300 anggota unit itu yang disyaki berkomplot menentang Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Pihak berkuasa juga menahan Muhammet Sait Gulen, anak saudara Gulen. - AP

Berita Harian X