Ahad, 16 November 2014 | 11:47am
DARI kiri; Presiden AS, Barack Obama (kiri) ketika mengadakan mesyuarat tiga pihak bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott (tengah) dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Sidang Kemuncak G20 di Brisbane hari ini. - Foto Reuters

AS, Jepun, Australia ikrar tentang tindakan Russia di Ukraine

DARI kiri; Presiden AS, Barack Obama; Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bergambar bersama pada mesyuarat tiga pihak yang diadakan di Sidang Kemuncak G20 di Brisbane. - Foto AFP

BRISBANE, Australia: Pemimpin Amerika Syarikat, Jepun dan Australia berikrar menentang pencerobohan Russia di Crimea semasa mesyuarat tiga pihak yang diadakan di Sidang Kemuncak G20 di Brisbane.

Presiden AS, Barack Obama; Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe; dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, mereka akan menentang "penaklukan Russia ke atas Crimea dan tindakan menggugat kestabilan timur Ukraine" dan komited untuk "mengheret ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17."

Presiden Russia, Vladimir Putin menerima tekanan hebat daripada pemimpin G20 lain berikutan tindakan kerajaannya menyokong pemisah di Ukraine di mana 4,000 orang sudah terkorban dalam konflik itu tahun ini.

Semalam, pemimpin Barat memberi amaran kepada Putin beliau berhadapan dengan lebih banyak sekatan jika gagal menamatkan sokongan kepada puak pemisah. Russia selama ini menafikan sebarang campur tangan. - Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X