Jumaat, 29 Julai 2016 | 11:49am

PAIP sedia tangki, lori di Temerloh

KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menyediakan 22 tangki statik dan enam lori tangki air di seluruh kawasan yang mengalami gangguan bekalan di sekitar Temerloh.

Kawasan terbabit adalah bandar Mentakab merangkumi Taman Saga Indah, Klinik Bukit Hospital Mentakab, kuarters Hospital Mentakab, bangunan hemodialisis Bukit Hospital, Balai Polis Mentakab, kuarters Polis Mentakab dan asrama jururawat Bukit Hospital.

Di Lanchang, kemudahan disediakan di Kem Batu 5, Desa Bakti dan Desa Jaya Batu 7 Jalan Karak, Kampung Bongsu Lanchang, Ladang Kurnia Setia Kampung Bongsu, Kampung Sungai Kepong, Kampung Paya Siput, Kampung Rantau Panjang, Kampung Bukit Licin, Kampung Sempadan, Kampung Pongsoi dan industri perabot Kampung Sempadan.

Di Temerloh, gangguan bekalan air berlaku di Kampung Paya Mengkuang, Kampung Baru Sanggang, Kampung Tualang Hulu, Kampung Paya Petai, Desa Murni Kerdau, Desa Murni Sanggang, Kampung Baru dan Kampung Tan Sri Yahya, Kampung Baru Belenggu Hulu, Taman Saga Indah Mentakab dan Kampung Baru Belenggu.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat PAIP, Nurul Farhana Abdul Hamid, berkata gangguan bekalan air itu membabitkan 150 pemilik akaun.

"Pengguna yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999, selain mendapatkan maklumat terkini berkaitan gangguan bekalan air di laman sosial rasmi iaitu Facebook PAIP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Berita Harian X