Ahad, 31 Julai 2016 | 12:30am

Seorang hilang, 2 selamat bot terbalik


BOT yang dinaiki mangsa berjaya di bawa ke tepi Sungai Kelantan.

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 30-an dikhuatiri lemas apabila bot dinaiki di Sungai Kelantan, terbalik setelah dirempuh 'kepala air' di hadapan Rumah Pam Pengairan Kemubu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kampung Kemubu, Ketereh, malam tadi.

Dua lagi lelaki berusia 20-an dan 30-an, yang turut menaiki bot berkenaan, selamat setelah berpaut pada benteng di tengah sungai dalam kejadian jam 8.40 malam.

Gerakan mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan oleh sepasukan lima anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Halim Mat Zin dari Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh.

Berita Harian X