Ahad, 31 Julai 2016 | 9:39am

Agong berangkat ke Istiadat Sambutan Hari Pahlawan

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Raja melakukan tabik hormat di Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Raja melakukan tabik hormat di Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan di sini, pagi ini.

Istiadat sambutan dimulakan dengan perarakan masuk dua panji iaitu Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) oleh Kawalan Kehormatan Utama membabitkan empat pegawai serta 103 anggota.

Lagu Negaraku kemudian dimainkan pasukan pancaragam RAMD disertai Tembakan Kehormat 21 das oleh 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja.

Istiadat turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Istiadat diteruskan dengan dengan tiupan 'Paluan Akhir' yang dikenali sebagai 'Last Post' dengan menurunkan Jalur Gemilang, sebelum persembahan termasuk deklamasi sajak dan pantomin.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X