Ahad, 16 November 2014 | 5:00pm
KEADAAN lokasi kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah treler di Jalan Mambau-Port Dickson dekat sini, hari ini. - Foto NSTP

Penunggang motosikal maut digilis treler

SEREMBAN: Seorang penunggang terbunuh manakala isterinya parah setelah motosikal yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah treler di Jalan Mambau-Port Dickson dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun, berkata AM Chinnapan, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala isterinya, MM Josephini, 55, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

"Dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan ke Seremban dan semasa treler membelok ke kiri ia telah bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis treler berkenaan," katanya di sini.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 37 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Berita Harian X