Ahad, 31 Julai 2016 | 2:04pm

Sultan Selangor peringati pengorbanan perajurit

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan meletakkan kalungan bunga di Tugu Pahlawan, sempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan meletakkan kalungan bunga di Tugu Pahlawan, sempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri.

Turut meletakkan kalungan bunga dalam Istiadat Meletak Kalungan Bunga sebagai memperingati jasa dan pengorbanan anggota tentera dan polis kepada negara, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Panglima 11 Briged, Brig Jen Abdul Kadir Ahmad dan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Terdahulu, istiadat berkenaan dimulakan dengan tiupan 'Last Post' sebelum bacaan sajak 'Pahlawanku'.

Sementara itu, Abdul Kadir ketika ditemui selepas istiadat berkenaan, berkata pada tahun hadapan pihaknya merancang membawa penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) anak Selangor untuk diperkenalkan kepada Sultan Selangor pada sambutan sama.

"Saya juga adalah penyelaras sambutan di peringkat kebangsaan yang kali ini dijalankan di Dataran Pahlawan di Putrajaya.

"Sambutan di Putrajaya diadakan pentomin, manakala istiadat meletakkan kalungan bunga yang juga tradisi ketenteraan dilaksanakan di sini," katanya.

Berita Harian X