Ahad, 31 Julai 2016 | 5:07pm

Ekin tidak mahu kembali ke dunia seni lagi

MAWI dan Ekin. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Ekin, isteri kepada penyanyi Mawi, sudah tidak berminat kembali aktif dalam industri hiburan tempatan.

Ekin atau nama sebenarnya, Nora'Asikin Rahmat, 37, berkata dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan menerusi butik Uniquein yang diusahakannya sejak tahun 2009.

"Tidak kot. Saya tidak mahu terbabit dengan dunia seni lagi kerana ingin memberi tumpuan terkaya perniagaan.

"Cukuplah Mawi saja, saya memberi keutamaan pada butik Uniqein di Bangi Sentral. Saya tidak mahu melakukan banyak perkara kerana mahu lebih fokus," katanya kepada BH Online.

Tambah Ekin, dia juga mahu memberi perhatian kepada anak tunggal mereka, Cahaya Malaika yang sudah berusia empat tahun.

Ekin juga sibuk membuat persiapan mengeluarkan koleksi pakaian rekaan baharu Uniquein sempena dengan Aidiladha pada 13 September depan.

"Alhamdulillah, pelanggan semakin percaya Uniquein. Saya amat menitik beratkan soal kualiti pakaian yang dijual.

"Uniquein akan mengeluarkan rekaan baharu sempena Aidiladha dan harganya berpatutan," katanya.

Ekin sebelum ini pernah membintangi drama bersiri Kawan pada tahun 2006.

Berita Harian X