Selasa, 2 Ogos 2016 | 12:02pm

Pemenang Ratu Florida USA saman penganjur

GENESIS Davila. - Foto AP

MIAMI: Bekas pemenang Ratu Florida USA memfailkan saman terhadap pertandingan itu selepas penganjur menarik balik mahkotanya dan menuduh beliau menipu.

Laporan Miami Herald menyatakan peguam kepada Genesis Davila, 24, memfailkan saman meminta hakim Miami-Dade mengeluarkan injuksi kecemasan mengembalikan gelarannya.

Saman turut menuntut ganti rugi fitnah sebanyak AS$15 juta (RM60 juta).

Davila dimahkotakan pada 16 Julai lalu di Fort Lauderdale dan kemenangannya dilucutkan enam hari kemudian.

Pengarah pertandingan, Grant Gravitt Jr, merujuk gambar di Instagram menunjukkan Davila mendapatkan bantuan jurusolek dan pendandan profesional, yang melanggar peraturan pertandingan.

Peguam Davila, Richard Wolfe, menyerahkan gambar yang dibesarkan ketika sidang akhbar pada Isnin, menunjukkan ia bertarikh seminggu sebelum pertandingan diadakan. - AP

Berita Harian X