Selasa, 2 Ogos 2016 | 8:27pm

11 lokasi di Lebuhraya DUKE ditutup

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 laluan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) ditutup mulai jam 2.30 pagi dan dijangka dibuka semula pada jam 11.30 pagi pada 7 Ogos ini, sempena acara Larian Maraton Standard Chartered Kuala Lumpur 2016.

Ia membabitkan susur masuk persimpangan Hillview (arah Hulu Kelang ke Ampang/Ampang ke Lebuhraya DUKE), bulatan Jalan 37/56 (Taman AU2 Keramat), laluan selepas Kem Desa Tun Hussein Onn (DTHO) (Jalan Jelatek ke Lebuhraya DUKE), arah Wangsa Maju ke Lebuhraya DUKE, Jalan Semarak (PULAPOL dan MINDEF).

Jalan Ayer Jerneh (Setapak), melalui tanjakan Jalan Pahang bagi kedua-dua arah menghala Plaza Tol Sentul Pasar dan Plaza Tol Batu, di tanjakan Sentul berhampiran Plaza Ong Tai Kim (Sentul), Persimpangan Lampu Isyarat Bandar Dalam ke Lebuhraya Duke dan laluan utama dari arah Greenwood/Karak (Persimpangan Bandar Dalam, Bandar Baru Sentul dan Jalan Gombak).

Pengarah Eksekutif Konsortium Lebuhraya Utara Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI), Datuk Seri Lim Keng Cheng, berkata pengguna boleh menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan berkenaan itu.

"Penganjur akan menempatkan anggota polis trafik di lokasi terbabit untuk tujuan pemantauan serta memastikan keselamatan orang awam terjaga. Laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat selepas mendapat kebenaran polis Trafik," katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi HOTLINE DUKE di talian 03-62513100 atau HOTLINE Gerakan Trafik di talian 03-20719777 dan Twitter @LebuhrayaDUKE.

KESTURI, pemegang konsesi bagi Lebuhraya DUKE bekerjasama dengan Dirigo Events Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan larian berkenaan untuk kali ketiga.

Berita Harian X