Isnin, 17 November 2014 | 10:14am
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua dari kanan) bersama sebahagian barisan EXCO kerajaan Negeri Kedah menunjukkan buku ucapan Bajet 2015 sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. - Foto Sharul Hafiz Zam
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua dari kanan) bersama sebahagian barisan EXCO kerajaan Negeri Kedah menunjukkan buku ucapan Bajet 2015 sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. - Foto Sharul Hafiz Zam

Kedah bentang Bajet 2015 berjumlah RM804.6 juta

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah membentangkan peruntukan RM804.6 juta melalui Bajet 2015, dengan jangkaan defisit RM60.96 juta, berbanding anggaran hasil tahun depan RM743.7 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata Bajet 2015 akan menumpukan kepada penyelesaian projek dan program dirancang, selaras empat strategi utama ditetapkan.

Empat strategi itu ialah Menjamin kemakmuran dan kelangsungan kesejahteraan rakyat, Merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negeri, Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, serta mengupaya modal insan dan keusahawanan.

Selain itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri turut mengenal pasti enam projek utama yang berpotensi memacu pembangunan dan kemajuan negeri yang akan dibangunkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tindakan awal menyiapkan prasarana berkaitan akan dimulakan awal tahun depan.

"Enam projek itu ialah pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah di Padang Terap, Taman Sains dan Teknologi Kedah di Bukit Kayu Hitam serta Bandaraya Sains dan Perubatan Kedah di Bandar Baharu," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X