Selasa, 9 Ogos 2016 | 2:37pm

Next Bike perkenal Ducati Scrambler Sixty2 baharu


JACK Lo (kiri) bersama Zakaria (tengah) dan David Lim pada pelancaran Ducati Scrambler di Bukit Tinggi, hari ini. - Foto Mohd Zaky Zainuddin

‎BUKIT TINGGI: Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia), pengedar rasmi Motosikal Ducati di Malaysia memperkenalkan Ducati Scrambler Sixty2 versi baharu untuk pasaran domestik.

‎Pengenalan versi baharu bagi menambahkan variasi Ducati Scrambler sedia ada iaitu dari Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic itu meningkatkan pilihan kepada segmen motosikal di Malaysia.

Dengan enjin lebih kecil berkapasiti 399cc, ia tampak mudah kepada penunggang untuk mengendalikan Sixty2 yang dijual pada harga mampu dimiliki RM49,999 seunit, harga jualan sebelum cukai barang dan perkhidmatan.

Ducati Scrambler Sixty2 dilancarkan Ketua Next Bike, Jack Lo Yong Wai di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Penasihar Kanan Naza World Group of Companies, Zakaria Ismail dan Ketua Pemasaran Next Bike, David LIm Ming Zhi.

Berita Harian X