Khamis, 11 Ogos 2016 | 2:49pm

Guru murung ditemui lemas di sungai


ANGGOTA Polis dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengangkat jenazah seorang guru, Haliza Hassan, 47, yang ditemui lemas di Sungai Kampung Teluk, Jalan Tambun Tulang. Foto Hafizudin Mohd Safar

ARAU: Seorang guru wanita yang didakwa kemurungan ditemui maut dipercayai akibat lemas di Sungai Kampung Teluk, dekat Tambun Tulang, di sini pagi tadi.

Mayat mangsa, Haliza Hassan, 52, yang juga kakak ipar kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, ditemui terapung di sungai berkenaan oleh orang awam ketika melihat pukat di kawasan terbabit kira-kira jam 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata, mangsa yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, di sini, ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan.

"Mayat mangsa sudah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Fauziah, Kangar untuk dibedah siasat," katanya yang turut mengesahkan mangsa sebelum ini menghadapi masalah kemurungan.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan, namun kes kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

350 dibaca
Berita Harian X