Isnin, 15 Ogos 2016 | 9:12am

Asrama sekolah di Belaga terbakar, murid selamat

KEBAKARAN memusnahkan asrama Sekolah Kebangsaan Long Busang di Belaga.

BELAGA: Asrama murid Sekolah Kebangsaan Long Busang di sini, musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Melay Singgum, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 3.40 petang semalam dan semua 30 murid dilaporkan selamat.

"Setakat ini kita belum menerima maklumat lengkap kerana kedudukan sekolah itu terlalu jauh dari Belaga.

"Untuk ke Kampung Long Busang, kita perlu melalui empangan hidro Bakun yang mengambil masa perjalanan satu jam setengah dari Belaga, seterusnya menaiki bot dari Bakun ke Long Busang selama sembilan jam.

"Maklumat awal yang diterima mengesahkan semua murid selamat dan siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Berita Harian X