Khamis, 18 Ogos 2016 | 8:50am

Russia pertahan tindakan serang IS dari pangkalan Iran

MOSCOW: Russia mempertahankan tindakannya menggunakan pangkalan tentera Iran untuk melancarkan serangan ke atas IS di Syria.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata tindakan itu tidak melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang melarang membekalkan pesawat tempur ke republik itu.

MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto Reuters
MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto Reuters

"Tiada bekalan, penjualan atau pemindahan pesawat tempur ke Iran berlaku," katanya seperti dilaporkan agensi berita TASS.

Lavrov merujuk kepada komen oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Mark Toner, yang berkata Russia mungkin melanggar Resolusi 2231 Majlis Keselamatan PBB dengan menggunakan wilayah Iran untuk melancarkan serangan udara ke Syria.

Resolusi itu melarang sebarang bentuk bekalan, penjualan atau pemindahan pesawat perang ke Iran kecuali diluluskan terlebih dulu oleh Majlis Keselamatan.

Toner menggambarkan langkah Russia itu 'tidak baik tetapi tidak mengejutkan atau dijangka,', malah yakin serangan Russia itu menyasarkan pasukan pembangkang negara itu.

Kapal terbang Su-34 milik Russia itu berlepas dari pangkalan udara Iran dan melancarkan serangan terhadap IS di Deir al-Zour di Syria. - AGENSI

Berita Harian X