Sabtu, 20 Ogos 2016 | 12:18am
WARTAWAN menemuramah seorang penagih dadah di Operasi Khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah di Kampong Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
WARTAWAN menemuramah seorang penagih dadah di Operasi Khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah di Kampong Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
WARTAWAN menemuramah empat penagih dadah remaja lelaki sewaktu Operasi Khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah di Kampong Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
WARTAWAN menemuramah empat penagih dadah remaja lelaki sewaktu Operasi Khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah di Kampong Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
WARTAWAN menemuramah penagih dadah yang juga pembekal dadah yang ditahan dalam Operasi Khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah di Kampung Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
WARTAWAN menemuramah penagih dadah yang juga pembekal dadah yang ditahan dalam Operasi Khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah di Kampung Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
SEBAHAGIAN daripada penagih yang ditahan dalam operasi pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah. - Foto Amran Hamid
SEBAHAGIAN daripada penagih yang ditahan dalam operasi pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah. - Foto Amran Hamid

Beli dadah secara 'pandu lalu' di Kuala Kedah


FAKTA:

  • RM2,000 sehari hasil jualan dadah seorang pengedar dalam kalangan nelayan
  • RM100 upah nelayan dipotong untuk dadah setiap empat hari
  • 3 jenis dadah - morfin, syabu dan ganja - pilihan nelayan
  • 3 kampung nelayan jadi tumpuan penagihan

KUALA KEDAH: Penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan di sini, bukan setakat berleluasa sekitar pangkalan bot, malah menular sekitar penempatan mereka hingga ada rumah menjadi lokasi pengedaran secara pandu lalu.

Di pangkalan bot, ada nelayan sanggup membenarkan upah dipotong tauke, demi memastikan bekalan dadah khususnya morfin, syabu dan ganja, tidak terputus kononnya untuk ketahanan ketika mereka berada di laut.

Mereka yang terbabit dengan pengedaran di sekitar kampung nelayan berdekatan pula, sanggup menjadikan rumah sendiri sebagai tempat mengedar bahan larangan itu.

ANGGOTA Agensi Anti Dadah Kebangsaan menahan penagih dadah dalam Operasi Khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah di Kampung Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
ANGGOTA Agensi Anti Dadah Kebangsaan menahan penagih dadah dalam Operasi Khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kedah di Kampung Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam

Tinjauan BH bersama pasukan risikan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga hari, mendapati, pengedar begitu berani menjadikan rumah sendiri umpama kedai dengan konsep 'pandu lalu' kepada penagih yang singgah.

Ada yang menjualnya menerusi tingkap rumah terutama membabitkan pengedar wanita. Ketika tinjauan itu, anggota risikan AADK turut menunjukkan beberapa rumah yang dikenal pasti menjadi sarang penagih.

Malah hampir setiap lorong sekitar Kampung Hulu di sini, ada sekurang-kurangnya sebuah rumah menjadi tempat pengedaran.

Pada waktu pagi dan lewat petang, kelibat penagih mudah dikenali dan merayau di sekitar kawasan itu. Jelas mereka tidak peduli dengan apa saja tindakan pihak berkuasa.

Operasi yang kerap dilakukan terhadap kawasan terbabit hanya mampu meredakan kegiatan haram mereka untuk sehari dua sahaja.

PENAGIH dadah yang berkeliaran di sekitar kampung nelayan mudah dikenal pasti anggota AADK dalam operasi khas di Kampung Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
PENAGIH dadah yang berkeliaran di sekitar kampung nelayan mudah dikenal pasti anggota AADK dalam operasi khas di Kampung Hulu, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam

Untuk menguji sejauh mana mudahnya dadah diperoleh secara terbuka di situ, kami menggunakan khidmat seorang bekas penagih untuk cuba membeli dadah di kawasan pelantar bot siput dan Kampung Tengah.

Mengejutkan apabila dia dengan mudah membeli dua paket syabu di pelantar bot siput yang diedarkan seorang lelaki yang datang mengedar dalam kalangan nelayan di situ.

Boleh dikatakan setiap lorong di Kuala Kedah terutama sekitar Kampung Tengah, Kampung Seberang Kota dan Kampung Hulu, berdepan masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Senario itu seakan-akan sukar dikekang.

Sementara itu, susulan risikan disertai BH terhadap kawasan terbabit, seramai 70 penagih termasuk empat remaja berusia 15 tahun serta seorang gadis, ditahan dalam operasi khas AADK selama dua jam terhadap perkampungan nelayan berkenaan.

Ketika mengulas hasil operasi terbabit, Pengarah Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid, berkata jumlah tangkapan yang ramai dalam tempoh singkat terhadap kawasan terbabit, membuktikan betapa seriusnya penyalahgunaan dadah di situ.

BAHAGIAN KEDUA ESOK - Seisi keluarga menagih dadah.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X