Ahad, 21 Ogos 2016 | 12:09am
GEJALA penagihan dadah menular di perkampungan nelayan di Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
GEJALA penagihan dadah menular di perkampungan nelayan di Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
GADIS ini mendakwa datang dari Pendang ke Kuala Kedah untuk menjual dadah untuk mendapatkan wang belanja harian. - Foto Sharul Hafiz Zam
GADIS ini mendakwa datang dari Pendang ke Kuala Kedah untuk menjual dadah untuk mendapatkan wang belanja harian. - Foto Sharul Hafiz Zam
PENGARAH Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid. - Foto Abdullah Yusof
PENGARAH Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid. - Foto Abdullah Yusof

Keluarga "ajar" tagih dadah

KUALA KEDAH: Seorang penagih dadah remaja yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di kawasan nelayan di sini mengakui "diajar" menagih dadah oleh ahli keluarganya sendiri.

Remaja berusia 14 tahun itu juga mengakui penagihan dadah dalam kalangan mereka disebabkan mereka mudah terdedah kepada gejala berkenaan di kawasan berkenaan.

"Dadah diperkenalkan keluarga kami sendiri. Abang hisap, adik pun hisap. Nak beli dadah, guna duit yang mak ayah beri. Tak cukup duit, kerja di jeti," katanya.

Remaja terbabit adalah antara 70 penagih dadah yang ditahan dalam operasi AADK di kawasan berkenaan baru-baru ini yang dilakukan tidak sampai dua jam, sekali gus menunjukkan gejala itu serius di kawasan perkampungan nelayan berkenaan.

gn4id:15589533

Jumlah penagih yang ditahan itu hanya memfokuskan kepada dua kawasan iaitu di Kampung Hulu dan Kampung Seberang Kota.

Pengarah Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid, berkata kawasan kronik penagihan iaitu di kawasan pelantar jeti nelayan tidak diperiksa kerana operasi itu dilakukan pada waktu petang.

"Jika operasi ditumpukan di kawasan itu, ratusan lagi penagih dapat kita tahan. Ini kerana menurut sumber risikan kami, pengedaran dadah dalam kalangan nelayan adalah perkara biasa dan dikatakan digunakan oleh hampir semua nelayan," katanya kepada BH.

Temubual wartawan dengan beberapa penagih yang ditahan juga mendapati sesetengah mereka mengakui bukan saja menagih dadah tetapi turut menjadi tokan kecil untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah.

gn4id:15589545

Antaranya, gadis berusia 21 tahun yang ditahan memberitahu, dia datang dari Pendang ke Kuala Kedah, sejauh kira-kira 35 kilometer, untuk menjual dadah kepada gadis seusianya untuk mendapatkan wang perbelanjaan harian.

"Di Kuala Kedah, kami bergerak dalam satu kumpulan. Saya tinggal bersama rakan wanita lain di sebuah rumah sewa berhampiran jeti. Setiap petang kami jual dadah di kawasan Kampung Tengah," katanya.

"Selain jual dadah, kami juga main judi," katanya yang turut mengakui terbabit dengan seks bebas.

SEBAHAGIAN penagih yang ditahan dalam Operasi Khas AADK Kedah di Kampung Tengah, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam
SEBAHAGIAN penagih yang ditahan dalam Operasi Khas AADK Kedah di Kampung Tengah, Kuala Kedah. - Foto Sharul Hafiz Zam

Seorang nelayan berusia 41 tahun yang ditahan mengakui gejala penagihan dadah membabitkan ramai nelayan di Kuala Kedah dan mendakwa untuk memberi ketahanan kepada mereka bekerja dalam tempoh yang lama, terutama pengambilan syabu.

"Setiap pagi, ada tokan datang ke kawasan jeti untuk jual dadah. Ia sekitar jam 8 pagi. Kadang-kadang, tauke bot sendiri yang beri kami dadah. Itu sudah biasa dan memang semua nelayan guna.

Fakta nombor

- 181 penagih dadah ditahan dalam operasi AADK dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) januari hingga Ogos 2016

- 70 peratus atau 126 adalah nelayan

- 169 di bawah seliaan AADK Kota Setar dan Pokok Sena hingga kini, 164 lelaki dan 5 perempuan

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X