X
Ahad, 21 Ogos 2016 | 10:11am

Wanita parah, suami cedera ringan dapur meletup

Mangsa yang melecur hampir seluruh badan dalam kes letupan di sebuah rumah di Taman Saga, Meru, dibawa keluar dari kediaman berkenaan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. - Foto ihsan Bomba
Mangsa yang melecur hampir seluruh badan dalam kes letupan di sebuah rumah di Taman Saga, Meru, dibawa keluar dari kediaman berkenaan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. - Foto ihsan Bomba

KLANG: Seorang wanita parah manakala suaminya cedera ringan dalam satu kejadian letupan di sebuah rumah di Taman Saga, Meru, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 48 tahun itu melecur 80 peratus manakala suaminya berusia dalam lingkungan 50 tahun cedera akibat letupan yang berlaku di bahagian dapur rumah teres dua tingkat berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, berkata mangsa yang melecur hampir seluruh badan kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut manakala tiga anak mereka selamat.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 6.40 pagi.

"Setiba di lokasi, tiada kebakaran berlaku dan hanya terdapat kesan musnah di bahagian dapur dan tingkat dua rumah terbabit dipercayai akibat letupan.

"Lebih 90 peratus kawasan rumah itu musnah dan lima rumah jiran berdekatan turut rosak lebih 40 peratus akibat letupan berkenaan," katanya sambil menambah letupan dipercayai berlaku akibat kebocoran gas memasak.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X