Khamis, 20 November 2014 | 12:32pm

Kerajaan Johor umum langkah proaktif lindungi, pertahan tanah rizab Melayu

NUSAJAYA: Kerajaan negeri mengumumkan beberapa langkah proaktif bagi melindungi dan mempertahankan tanah rizab Melayu di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagi tujuan itu, status kesemua tanah peneroka FELDA seluas 145,970 hektar dan tanah FELCRA akan ditukar kepada rizab Melayu.

Katanya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor akan menguatkuasakan arahan kepada semua pentadbiran tanah negeri ini yang mengkehendaki maklumat tanah rizab Melayu dilaporkan kepada PTG setiap enam bulan.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-13 di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X