Rabu, 24 Ogos 2016 | 8:11am

Lelaki dirompak, dibunuh selepas temu janji

DARI kiri: Hailey Bustos, Andre Warner, Gary Gray, Joshua Ellington. - Foto Jabatan Polis Auburndale

ORLANDO, Fla: Seorang lelaki yang membawa seorang wanita selepas bertemu menerusi temu janji atas talian, ditembak mati pada malam berikutnya apabila wanita itu datang bersama tiga lelaki lain dan sepucuk pistol, kata polis.

Adam Hilarie, 27, ditembak di kepala ketika rompakan itu selepas suspek, Hailey Bustos, 18, mengatur rancangan beberapa jam selepas dia melawat rumah mangsa pada pertemuan kali pertama di tengah bandar Auburndale, Florida.

Polis berkata, Hilarie dan Bustos bertemu menerusi laman sesawang PlentyOfFish. Mereka kemudiannya pergi ke tempat mangsa selepas bermain boling pada malam Khamis dan mangsa kemudiannya menghantar suspek pulang.

Penyiasat percaya suspek dan tiga lagi penjenayah bertemu untuk melakukan rompakan berkenaan.

Polis berkata, suspek kembali pada malam Jumaat dengan Andre Warner, 26; Gary Gray, 31; dan Joshua Ellington, 31.

Kesemua empat suspek ditahan atas dakwaan berkomplot melakukan pembunuhan, rompakan bersenjata dan pembunuhan.

Polis berkata, kumpulan empat suspek itu mengetuk rumah mangsa sehingga dia membukanya dan selepas itu mengacu pistol.

Hillarie ditembak di bahagian kepala dengan pistol .38-caliber dan kumpulan penjenayah itu melarikan konsol Xbox, permainan video, tiga skrin nipis televisyen, iPhone, beg duit dan barang lain. - AP

Berita Harian X