Rabu, 24 Ogos 2016 | 1:06pm

UMP tuan rumah jawatankuasa Naib Canselor, Rektor UA

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor (JKNC) Universiti Awam (UA) yang berlangsung mulai Jumaat ini.

Pegawai Perhubungan Awam UMP, Mimi Rabita Abdul Wahit, berkata program dua hari itu bermula 26 Ogos dan berakhir pada 27 Ogos itu diadakan di UMP Kampus Pekan.

"Pada sesi kali ini, seramai 20 Naib Canselor dan Rektor akan mengikuti pelbagai aktiviti khas yang sudah diatur antaranya 'Royal Town Tour' bagi menjelajah Pekan Bandar Diraja serta makan malam.

"Sebagai simbolik, mereka juga akan menanam 30 pokok pelbagai spesies di kawasan yang akan dinamakan sebagai Rimbunan Cendekia sebagai inisiatif penghijauan kampus di perkarangan UMP Kampus Pekan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pagi tadi.

Mimi Rabita berkata, sesi santai makan durian bersama pengamal media juga akan diadakan pada hari terakhir program.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X