Rabu, 24 Ogos 2016 | 8:51pm
RAJAH menunjukkan pusat gempa di Myanmar. - Foto EPA

Gempa di Myanmar: Bangladesh rasai gegaran, 20 cedera

NAYPYIDAW: Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 magnitud yang menggegarkan kawasan utara-tengah Myanmar, hari ini, turut dirasai di dirasai di Thailand, India dan Bangladesh.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa pada kedalaman 84 kilometer itu menggegarkan bangunan tinggi di Bangkok, Kolkata dan Dhaka.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun kira-kira 20 orang cedera ketika panik dan cuba melarikan diri dari bangunan di kawasan industri di Savar, di luar Dhaka, lapor stesen televisyen ATN Bangla.

Pusat gempa terletak di Chauk, bandar hampir dengan Sungai Irrawaddy, 30 km di selatan Bagan.

Ahli Parlimen Magway, Soe Win, berkata gegaran hanya berlaku beberapa minit.

"Kedengaran bunyi kuil dan bangunan runtuh di Salay. Setakat ini, saya belum mendengar apa-apa kecederaan," katanya. - AFP

Berita Harian X