Khamis, 20 November 2014 | 9:50pm

Hoki: KLHC terima tamparan hebat tanpa Nabil

KUALA LUMPUR: Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menerima perkhabaran kurang gembira sebelum turun berdepan Maybank pada saingan Liga Hoki Malaysia, esok.

Pendahulu liga itu akan kehilangan khidmat tonggak berpengalaman, Nabil Fikri Mohd Noor kerana pemain berkenaan dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan.

Hukuman ke atas pemain Kuala Lumpur itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan MHL yang bermesyuarat petang ini.

Ahad lalu, pada pertemuan menentang TNB yang berkesudahan 4-1 memihak kepada KLHC, Nabil dengan sengaja melakukan kekasaran ke atas pemain lawan, Azammi Adabi sehingga memaksa pengadil perlawanan bertindak melayangkan kad merah kepadanya pada minit-42.

Khidmat Nabil hanya mampu diturunkan semula untuk perlawanan menentang Sapura, Ahad ini.

KLHC kini mendahului carta liga berbekal 18 mata daripada jumlah enam perlawanan.

INFO

LIGA PERDANA 2014

Esok (Jumaat)

THC mln TNB (5 ptg)

UniKL mln Sapura (6 ptg)

Maybank mln KLHC (8 mlm)

(Std Hoki Nasional, Bukit Jalil)

Kedudukan

1 KLHC............18 mata

2 THC.............. 15

3 TNB .............. 9

4 Sapura ......... 5

5 Maybank...... 3

6 UniKL............ 1

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X