Sabtu, 27 Ogos 2016 | 9:04pm

Sultan Nazrin anugerah SPCM kepada kerabat Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan anugerah kebesaran, Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) kepada Raja Iskandar Raja [email protected] Zaid dan diisytiharkan secara rasmi dan mengangkat sumpah sebagai Raja Kecil Tengah dalam susur galur kesultanan Perak di majlis Istiadat pengisytiharan pelantikan dan mengangkat sumpah gelaran serta pengurniaan darjah kebesaran di Istana Iskandariah. - Foto L Manimaran

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke istiadat pengisytiharan pelantikan dan mengangkat sumpah gelaran serta pengurniaan darjah kebesaran di Istana Iskandariah di sini sebentar tadi.

Pada majlis itu, Raja Iskandar Raja [email protected] Zaid, diisytiharkan secara rasmi dan mengangkat sumpah sebagai Raja Kecil Tengah dalam susur galur kesultanan Perak.

Sementara, Raja Izudin Chulan Raja Zainal Azman Shah diisytiharkan secara rasmi dan mengangkat sumpah sebagai Raja Kecil Bongsu.

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan anugerah kebesaran Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) kepada kedua-dua mereka.

Darjah kebesaran itu turut dianugerahkan kepada Raja Kecil Besar, Raja Datuk Seri Azlan Muzzaffar Shah Sultan Nazrin dan Raja Kecil Sulong, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan Raja Puan Muda, Raja Soraya Sultan Abdul Halim. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Berita Harian X