Jumaat, 21 November 2014 | 2:58pm
Koh Chun Sen, 43, (kanan) dan Lee Hee Wee, 42, (tengah) dibawa anggota polis selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, atas kesalahan menculik seorang wanita pada Disember 2009. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
Sahri Tahe, 29, dibawa anggota polis selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, atas kesalahan menculik seorang wanita pada Disember 2009. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Tiga lelaki dihukum gantung sampai mati didapati bersalah culik wanita

AYER KEROH: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah menculik seorang wanita pada Disember 2009.

Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil ke atas Koh Chun Sen, 43, Lee Hee Wee, 42, dan Sahri Tahe, 29, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas menahan seorang wanita, Goh Geok Hua, 35, dengan niat untuk meminta wang tebusan sebanyak RM300,000 dari suami mangsa, Ng Guan Kiat, 34, di KS 1006, Jalan Kuala Damai 1, Taman Kuala Damai, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, kira-kira jam 10 pagi pada 24 Disember tahun 2009.

Berita Harian X