Jumaat, 21 November 2014 | 3:38pm
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

Perintah berkurung di enam daerah ESSZONE dilanjut hingga 8 Disember

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa kesembilan mulai lusa hingga 8 Disember ini.

Penguatkuasaan perintah berkurung bagi fasa kelapan di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna akan berakhir esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pelaksanaan perintah itu dilanjutkan bagi menjamin keselamatan, ketenteraman dan kedaulatan negara di pantai timur Sabah.

Penguatkuasaan bagi fasa kesembilan ini mulai jam 7 malam hingga 5 pagi, sama seperti sebelum ini.

Berita Harian X