Isnin, 29 Ogos 2016 | 11:27am

Skuad England versi Allardyce


SAM Allardyce. - Foto Reuters

LONDON: Sam Allardyce menggugurkan pemain tengah Everton, Ross Barkley dan memanggil pemain sayap, Michail Antonio buat kali pertama untuk skuad England apabila mengambil alih teraju pasukan selepas kempen Euro 2016 yang mengecewakan.

Lima perubahan dapat disaksikan daripada senarai 26 pemain yang beraksi di Paris dengan Luke Shaw, Phil Jagielka, Danny Drinkwater serta Theo Walcott turut dipanggil untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Slovakia.

Barkley 'ditinggalkan' meskipun meledak dua gol dua gol dalam empat aksi musim ini sementara Antonio menjaringkan dua gol daripada tiga aksi liga musim ini.

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford pula menyertai skuad Bawah 21 Tahun England sementara Wayne Rooney mengisi posisi pemain tengah dan Joe Hart kekal penjaga gol utama walaupun tidak lagi membarisi kesebelasan utama Manchester City.

Tiada kapten yang dinamakan buat masa ini.

Antonio hanya mengetahui dia dipanggil menyertai skuad England selepas digantikan pada aksi menentang Manchester City di Stadium Etihad yang menyaksikan mereka tewas 3-1 di tangan tuan rumah.

"Saya gembira dan sedikit emosional bila mengetahui saya dipanggil," kata Antonio yang menolak tawaran Jamaica dalam usaha memastikan cita-citanya mewakili England tercapai.

"Ini adalah impian saya sejak kecil dan saya beroleh panggilan selepas kerja keras beraksi daripada pasukan bukan liga sehinggalah ke Liga Perdana Inggeris (EPL)," katanya.

Skuad England

Penjaga gol: Fraser Forster (Southampton), Joe Hart (Manchester City), Tom Heaton (Burnley)

Pertahanan: Gary Cahill (Chelsea), Nathaniel Clyne (Liverpool), Phil Jagielka (Everton), Danny Rose (Tottenham), Luke Shaw (Manchester United), Chris Smalling (Manchester United), John Stones (Manchester City), Kyle Walker (Tottenham)

Pemain tengah: Dele Alli (Tottenham), Michail Antonio (West Ham), Eric Dier (Tottenham), Danny Drinkwater (Leicester), Jordan Henderson (Liverpool), Adam Lallana (Liverpool), Wayne Rooney (Manchester United), Raheem Sterling (Manchester City), Theo Walcott (Arsenal)

Penyerang: Harry Kane (Tottenham), Daniel Sturridge (Liverpool), Jamie Vardy (Leicester) - AP

96 dibaca
Berita Harian X