Selasa, 30 Ogos 2016 | 12:06am
TAMPIL bertudung, Zahra tetap tangkas beraksi
PELUNCUR Ais UAE, Zahra Lari, ketika menjalani latihan di Zayed Sports City pada 19 Mei di Abu Dhabi, UAE. Gambar oleh Francois Nel/Getty Images.
PENAMPILAN Zahra dengan pelbagai fesyen menutup aurat tidak menimbulkan sebarang masalah.
ZAHRA Lari, 21.
ZAHRA tidak jauh berbeza daripada peserta lain, dengan kostum berwarna-warni dan gemerlap di bawah sinar lampu pentas ais, ternyata mencuri tumpuan.
PENAMPILAN Zahra dengan pelbagai fesyen menutup aurat tidak berdepan sebarang masalah
DALAM usaha memantapkan kemahiran, setiap minggu beliau bangun seawal jam 4.30 hingga jam 7.30 pagi untuk berlatih sebelum ke kuliah.
MINAT Zahra dipupuk selepas bapanya membelikan kasut luncur pertama di Zayed Sports City, Abu Dhabi, lokasi menemukan beliau dengan pelatihnya, Noemi Bedo.
ZAHRA masih menuntut di Universiti Abu Dhabi dalam jurusan Kesihatan Keselamatan Alam Sekitar,
PERNAH terbabit dalam pertandingan luncur Piala Eropah bersama 50 peserta dari seluruh dunia.

Zahra umpama puteri ais yang berhijab


ZAHRA banyak mewakili negaranya dalam pertandingan di peringkat antarabangsa hingga mendapat jolokan 'Ice Princess in the Hijab'.

DARI jauh penampilan pemain sukan luncur ais dari Ameriyah Arab Bersatu (UAE), Zahra Lari, 21, tidak jauh berbeza daripada peserta lain, dengan kostum berwarna-warni dan gemerlap di bawah sinar lampu pentas ais, ternyata mencuri tumpuan.

Tampil bertudung dengan skirt labuh dan berseluar longgar pelbagai warna, aksinya memang berbeza tetap tangkas dan mampu mencabar peserta bertanding.

Berbanding lazimnya semua peserta terbabit dalam sukan itu akan berpakaian sut gimnastik dan mencolok mata.

Setiap kali muncul dalam apa saja pertandingan, beliau menyarung kostum pelbagai fesyen dan rekaan dengan warna terang dan menyerlah.

Yang pasti, penampilan Zahra dengan pelbagai fesyen menutup aurat tidak ada sebarang masalah. Kini beliau sibuk menjalani latihan sebagai persiapan menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan, pada 2018 nanti.

"Di negara saya, wanita tidak menyertai sukan lasak terutama luncur ais. Tetapi sejak saya menyertai sukan ini, tidak pernah mengalami sebarang masalah dengan orang lain. Mereka berfikiran terbuka.

"Sukan ini bukan mengenai persoalan berpakaian, sebaliknya mengenai potensi dan ketangkasan dalam bersukan," katanya yang berbangga kerana dapat beraksi dengan pakaian yang dituntut Islam.


SETIAP kali muncul dalam pertandingan, Zahra menyarung kostum pelbagai fesyen dan rekaan dengan warna terang dan menyerlah.

Dapat jolokan 'Ice Princess in the Hijab'

Zahra yang banyak mewakili negaranya dalam pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya di Slovakia, Hungary dan Itali, mendapat jolokan 'Ice Princess in the Hijab' oleh banyak media.

Walaupun UAE mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik, negara itu tetap memiliki wakil untuk bertanding ke kejuaraan dunia musim sejuk itu.

Malah sejak 2013, UAE menjadi sebahagian daripada Kesatuan Skating Antarabangsa, sekali gus membuka jalan bagi Zahra untuk mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa itu.

Sekiranya Zahra berjaya ke menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk, beliau bakal melakar sejarah untuk negaranya sebagai pemain luncur ais bertudung.

Pernah terbabit dalam pertandingan luncur Piala Eropah bersama 50 peserta lain di dunia, beliau bukan saja menjadi peluncur pertama dari rantau teluk itu yang bertanding dalam pertandingan antarabangsa tetapi juga yang pertama melakukannya dengan memakai tudung.


ZAHRA mahu menggalakkan anak gadis negaranya menyertai sukan lasak lain.

Minat selepas menonton filem Disney

Penuntut di Abu Dhabi University dalam jurusan Kesihatan Keselamatan Alam Sekitar, Zahra berkata, minat terhadap sukan berkenaan berputik selepas menonton filem Disney pada usia 11 tahun.

"Saya menonton filem The Ice Princess lebih 100 kali, dan sangat sukakannya. Sejak itu saya bertekad dalam diri dan berkata kepada diri sendiri 'Ini yang saya mahu lakukan'," katanya.

Minat itu semakin dipupuk selepas bapanya membelikan beliau kasut luncur pertama di Zayed Sports City di Abu Dhabi, iaitu lokasi menemukan beliau dengan pelatihnya, Noemi Bedo.

"Kali pertama, saya terjatuh, tetapi ia menguatkan azam saya untuk terus mencuba dan mengatasi jatuh. Tentu ada kemahiran tertentu untuk boleh meluncur," katanya.

Dalam usaha memantapkan kemahiran, setiap minggu beliau akan bangun seawal jam 4.30 hingga jam 7.30 pagi untuk berlatih sebelum ke kuliah.

"Sebelah petang selepas kelas dalam jam 4 petang saya akan kembali berlatih. Saya tidak rasa rutin ini suatu yang sukar kerana minat dan suka melakukannya," katanya.

Zahra mahu menggalakkan budak perempuan dari negaranya menyertai sukan lasak lain.


BAGI Zahra, sukan luncur ais bukan mengenai pakaian, sebaliknya potensi dan ketangkasan dalam bersukan

Ibu pujuk bapa

Ibu Zahra, Roquiya Cochran yang dilahirkan di Amerika, mengakui mengambil masa agak lama untuk memujuk suaminya, membenarkan anak gadisnya itu menyertai sukan berkenaan. Apatah lagi kostum pakaian dalam sukan itu sedemikian.

"Saya terpaksa meyakinkan suami saya kerana beliau berpandangan sukan ini sama seperti menari di depan penonton lelaki.

"Namun, selepas beliau melihat Zahra beraksi dengan baik sewaktu meluncur, baru keyakinan itu muncul. Apatah lagi kostum digayakan beliau tidak terlalu mencolok mata, barulah dia bersetuju," katanya.

INFO: Zahrah Lari

* Mula aktif sejak usia 11 tahun.

* Sertai Sukan Olimpik Musim Sejuk usia 23 tahun.

Berita Harian X