Jumaat, 2 September 2016 | 12:09pm

12 keluarga terjejas ribut di Baling

ADUN Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz (baju oren) meninjau sebahagian rumah yang rosak dalam kejadian ribut di Mukim Pulai, sebentar tadi. - Foto Safuri Kamarudin

BALING: Lebih 60 penduduk daripada 12 keluarga di Mukim Pulai terjejas apabila rumah mereka dilanda ribut ketika hujan lebat, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu menyebabkan lapan kediaman di Kampung Sungai Limau dan empat di Kampung Sirako, rosak.

Penghulu Mukim Pulai, Badrul Hisham Che Li, berkata tinjauan mendapati kebanyakan rumah mengalami kerosakan khususnya pada bumbung akibat angin kencang, selain ada struktur kediaman dihempap pokok.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan kami sedang menyediakan laporan lengkap untuk memudahkan penyaluran bantuan dilakukan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz, yang turun meninjau keadaan kawasan terjejas berkata, semua mangsa akan dibantu segera.

Berita Harian X