Sabtu, 3 September 2016 | 1:03pm

Kebolehpasaran graduan IUKL tinggi

PENERIMA Anugerah Canselor, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Dalam Air dan Sisa Air, Lock Lee San (kiri) dan penerima Anugerah Naib Canselor, Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Cheng Jia Zen (kanan) pada Majlis Konvokesyen Infrastruktur Universiti Kuala Lumpur ke-14 di IUKL. - Foto Adi Safri
PENERIMA Anugerah Canselor, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Dalam Air dan Sisa Air, Lock Lee San (kiri) dan penerima Anugerah Naib Canselor, Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Cheng Jia Zen (kanan) pada Majlis Konvokesyen Infrastruktur Universiti Kuala Lumpur ke-14 di IUKL. - Foto Adi Safri

KAJANG: Seramai 968 graduan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam Majlis Konvokesyen Ke-14 IUKL yang berlangsung di sini, hari ini.

Majlis penganugerahan itu disempurnakan oleh Canselor IUKL, Tan Sri Ir (Dr) Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Pro-Canselor IUKL, Datuk Ir (Dr) Lee Yee Cheong.

Presiden dan Naib Canselor IUKL, Prof Dr Roslan Zainal Abidin, berkata kaji selidik IUKL mendapati kebolehpasaran graduan universiti itu tinggi termasuk ramai yang memperoleh kerja tetap selepas tamat pengajian.

"Lebih 80 peratus graduan IUKL dikenal pasti mempunyai pekerjaan tetap selain mendapat tempat dalam industri masing-masing selepas tamat pengajian.

"Ini menunjukkan kualiti graduan IUKL setaraf dengan pendidikan antarabangsa selain menyediakan banyak kemudahan pendidikan kepada generasi muda terutama dalam bidang profesional," katanya.

Acara yang berlangsung di dewan utama universiti itu, turut disaksikan oleh pihak pengurusan IUKL, ibu bapa, wakil daripada kedutaan dan tetamu kehormat.

Penerima Anugerah Canselor 2016 adalah Lock Lee Dan bagi Ijazah Sarjana Muda Teknologi dalam Air dan Sisa Air (Kepujian); Penerima Anugerah Naib Canselor ialah Ooi Hui Chee (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian; Hemantha Ban (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik); Cheng Jia Zen (Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) dan Siti Nur Sathirah Fasha Johanis (Diploma Pentadbiran Perniagaan).

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X