Khamis, 8 September 2016 | 8:36am

Meninggal dunia ketika raptai perbarisan


SALAH seorang peserta yang rebah ketika perbarisan di Stadium Miri, petang semalam. - Foto ihsan pembaca

MIRI: Seorang peserta perbarisan sempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, meninggal dunia selepas pengsan ketika raptai acara berkenaan petang semalam.

Peserta yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Harison Suin, 36, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Perbadanan Sukan Sarawak.

"Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di Stadium Miri itu, mangsa dikatakan antara lima peserta yang rebah dan pengsan, dipercayai akibat cuaca terlalu panas," kata sumber kepada BH, di sini hari ini.

Difahamkan ketika raptai berkenaan, tiada pasukan perubatan ditugaskan untuk memberi bantuan kecemasan di lokasi.

Berita Harian X