Jumaat, 9 September 2016 | 3:01pm

Aliff Aziz-Bella Astilah sah bergelar suami isteri


Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bergelar suami isteri 12.55 tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aliff Aziz, 25, sah bergelar suami kepada Bella Astilah dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Bukit Jelutong, di sini, tengah hari tadi.

Majlis yang diadakan secara tertutup sekitar jam 12.50 tengah hari dengan kehadiran kita-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua pihak, menyaksikan Aliff menyempurnakan akad dengan sekali lafaz saja.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Awang Astillah [email protected].

Pada majlis itu juga, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, atas persetujuan bersama, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti diharapkan.

"Saya dan Bella berharap rumah tangga yang baharu dibina ini akan terus mendapat keberkatan daripada Allah dan restu berpanjangan daripada keluarga, peminat dan semua," kata Aliff.

Majlis berinai bertemakan Bollywood diadakan malam tadi di Ampang.

Aliff dan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 22 tahun, bertunang pada Disember tahun lalu.

Malam ini, pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi di Setia Alam.

Berita Harian X