Sabtu, 10 September 2016 | 11:13pm

Gempa skala 5.7 landa Tanzania

GAMBAR dikeluarkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menunjukkan lokasi (C, ditandakan dengan bintang) gempa bumi 5.7 magnitud yang melanda pada kedalaman 10km, 23km Timur NorthEast daripada Nsunga, Tanzania. Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan. - Foto EPA

NAIROBI: Gegaran gempa bumi dengan kekuatan 5.7 magnitud melanda Tanzania, hari ini menyebabkan beberapa rumah runtuh, lapor Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu turut dirasa di beberapa negara jiran seperti Rwanda, Burundi, Uganda dan Kenya.

USGS melaporkan kejadian itu berlaku sekitar 12.27 tengah hari waktu tempatan.

Ia berpusat kira-kira 25 kilometer ke timur bandar barat laut Nsunga dekat sempadan Tasik Victoria.

Penduduk Tanzia berkata, setakat ini, tidak ada sebarang laporan kecederaan mahupun kematian tetapi beberapa rumah dekat pusat gempa dilaporkan runtuh akibat gegaran itu.

"Dinding rumah, peti sejuk dan almari bergegar," kata wartawan AFP di Kampala, ibu negara Uganda.

Gempa bumi dikatakan kerap berlaku dekat kawasan tasik berkenaan tetapi hanya gegaran lemah. - AFP

Berita Harian X