Ahad, 11 September 2016 | 1:54pm

LRT percuma 3 hari, diskaun 50% Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengguna RapidKL tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dari stesen Gombak hingga Putra Heights bakal menikmati tambang percuma selama tiga hari bermula Selasa ini.

Rapid Rail Sdn Bhd (RapidRail) dalam satu kenyataan, berkata penumpang yang menukar laluan pergi balik ke Sri Petaling, Ampang, Monorel dan BRT Laluan Sunway di stesen bersepadu perlu membayar perbezaan tambang perjalanan bagi ketiga-tiga laluan berkenaan.

"Tambang percuma ialah bagi sektor perjalanan di Laluan Kelana Jaya sahaja.

"Pelanggan yang menggunakan laluan lain seperti Sri Petaling, Ampang, Monorel dan BRT Sunway dalam tempoh berkenaan dikenakan caj seperti biasa," katanya.

Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan Laluan Sri Petaling di Stesen Masjid Jamek dan Putra Heights.

Sementara itu, pengguna laluan BRT Sunway yang dikendalikan anak syarikat Prasarana, Rapid Bus Sdn Bhd, menghubungkan laluan Kelana Jaya, stesen USJ 7 akan menikmati tambang percuma menerusi langkah berikut:

Pengguna turut ditawarkan diskaun 50 peratus ke atas tambang bagi yang menggunakan perkhidmatan LRT, monorel dan BRT sebelum 7 pagi pada 16 September dan mengesyorkan pelanggan memulakan perjalanan awal untuk menikmati diskaun berkenaan.

"PRASARANA berterima kasih kepada pelanggan setia terutama pengguna LRT Laluan Kelana Jaya dan memohon maaf atas kesulitan dihadapi minggu lalu," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X