Ahad, 11 September 2016 | 10:29pm

United dijangka sambung kontrak Ibrahimovic

AKSI pemain Manchester United, Zlatan Ibrahimovic ketika pasukannya menentang Manchester City pada saingan Liga Perdana Inggeris, semalam. - Foto REUTERS

LONDON: Zlatan Ibrahimovic memberikan kesan dalam beberapa minggu pertama di Old Trafford dengan sumber kelab berkenaan menganggap ia memberi pilihan kepada lanjutan kontrak tahun keduanya.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada penyerang yang akan mencecah umur 35 tahun bulan depan itu akan keluar pada 2018.

Ibrahimovic memberi kesan di bilik persalinan dan juga dalam latihan, malah turut disamakan dengan Eric Cantona, tetapi apa yang paling dikagumi dalam hiraki United adalah kekuatan fizikal pemain Sweden itu.

Ketika melakukan ujian kecergasan sebelum menandatangani perjanjian setahun - yang mana terdapat pilihan untuk 2017-2018 - Ibrahimovic bertanya rekod semasa bagi ujian individu.

Dia meneruskan dan mengatasi semua daripada mereka. Lompatan dia adalah 20 peratus lebih tinggi daripada mana-mana pemain yang direkodkan sebelumnya.

United yakin bahawa pengambilan Ibrahimovic akan memberi kesan pada masa depan dan berpuas hati dengan perpindahan musim panas itu.

Mereka tidak mempunyai rancangan untuk membuat penambahan pada Januari, walaupun Bastian Schweinsteiger akan dibenarkan mencari kelab lain.

Sumber United menekankan bahawa semua kelab utama Eropah baru saja mendaftar untuk format baharu Liga Juara-Juara, yang kini dikendalikan bersama oleh UEFA dan Persatuan Kelab Eropah, yang mana mengikat mereka semua dalam kejohanan itu sehingga 2021. - Agensi

Berita Harian X