Selasa, 13 September 2016 | 12:36am

'Serpihan' MH370 diserahkan kepada agensi Australia


Blaine Gibson

CANBERRA: Penyiasat amatur Amerika Syarikat menyerahkan serpihan yang dipercayai dari bangkai pesawat MH370 kepada pegawai Australia, semalam.

Dia menambah beberapa kepingan itu ada kesan terbakar yang meningkat satu prospek, kebakaran berlaku atas pesawat itu.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang memantau pencarian itu berkata Blaine Gibson sudah menyerahkan serpihan itu, semalam.

"Kami meminta nasihat daripada pihak berkuasa Malaysia bagaimana mereka mahu meneruskan siasatan ini," kata jurucakap ATSB.

Gibson, seorang peguam dari Seattle yang menjelajah dunia untuk membantu mencari penyelesaian ke atas misteri MH370 itu, memberitahu wartawan tempatan bahawa serpihan yang dihanyutkan di Madagascar termasuk apa yang tampak seperti panel dalaman.

Sebelum ini, dia sudah menyerahkan penemuan itu kepada pihak berkuasa dan berkata dia membawa objek terkini untuk penyiasatan pihak forensik.

Serpihan pertama dari MH370, iaitu bahagian sayap sepanjang dua meter, ditemui di Pulau Reunion pada Julai 2015. - AGENSI

25 dibaca
Berita Harian X