Selasa, 13 September 2016 | 10:52am

Saham Asia naik susulan kenaikan Wall Street

TOKYO: Saham Asia meningkat awal hari ini, dirangsang oleh kenaikan Wall Street semalaman selepas Gabenor Lembaga Rizab Persekutuan, Lael Brainard, membawa kelegaan kepada pasaran aset risiko dengan mengurangkan prospek kenaikan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Selain itu, dolar mengekalkan kerugian berbanding pesaingnya selepas Brainard mengulangi pandangan dasar ekonominya.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun meraih 0.5 peratus.

Nikkei Jepun menambah 0.6 peratus, Kospi Korea Selatan meningkat 0.9 peratus dan saham Australia naik 0.7 peratus. - REUTERS

Berita Harian X