Selasa, 13 September 2016 | 12:50pm

Sam Bunkface timang anak lelaki

KUALA LUMPUR: Vokalis Bunkface, Sam, meraih keriangan berganda pada sambutan Aidiladha tahun ini apabila isterinya, Aida Azira Hussin, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, jam 4.25 petang semalam.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 28, berkata hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan dengan kelahiran permata hati mereka itu.

"Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan kesejahteraan anak dan kami," katanya menerusi paparan gambar bayi bersama status yang dimuat turun menerusi laman Instagramnya,

Perkongsian mengenai anak lelaki yang diberikan nama Maleeq Shamsul Annuar itu mendapat kira-kira 10 ribu tanda 'likes', selain lebih 400 komen yang rata-rata memberikan ucapan tahniah.

Kehadiran Maleeq, yang dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Pantai Bangsar itu juga menjadi tanda cinta pasangan yang bergelar suami isteri pada pada April tahun lalu di Dewan Sapura, Mines Resort City, Seri Kembangan.

Berita Harian X