Isnin, 24 November 2014 | 12:02am
PENERBIT Eksekutif Indie Work, Eric Yeo (kiri) menyampaikan Anugerah Komposer Muda Berpotensi, Akim Ahmad pada Anugerah MACP 2014, malam ini. - Foto Adi Safri
PEMENANG Anugerah Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak, Yuna pada Anugerah MACP 2014, malam ini. - Foto Adi Safri

Edry pecah dominasi M Nasir


BEKAS Pengurus EMI Malaysia, Beh Suat Pheng menyampaikan Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak kepada Edry (kanan) pada Anugerah MACP 2014, malam ini. - Foto Adi Safri

KUALA LUMPUR: Rekod 13 tahun sifu muzik terkenal, Datuk M Nasir sebagai Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, akhirnya dipecahkan Edry Abdul Halim pada Anugerah MACP 2014, malam ini.

Bagaimanapun, Nasir menerusi syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd mengungguli kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak pada majlis anugerah anjuran Persatuan Perlindungan Hak Cipta karyawan Muzik (MACP) itu.


PENGGIAT seni tanah air meraikan ulang tahun ke-25 MACP pada majlis Anugerah MACP 2014 sempena ulang tahun jubli perak MACP di sini, malam ini. - Foto BERNAMA

Turut diumumkan, Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak yang dimenangi Habsah Hassan; Komposer Muda Berpontensi (Akim Ahmad); Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak (Yuna/I wanna Go); Lagu Melayu Persembahan Terbanyak (Malique/Zizan dan Kaka/Bawaku Pergi) dan Anugerah Nadi Cipta (Saari Amri).

Majlis Anugerah MACP sempena sambutan ke-25 tahun organisasi itu turut diserikan dengan persembahan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Yuna, Akim, Salmiah Hassan dan One Nation Emcee.

dibaca
Berita Harian X