Rabu, 14 September 2016 | 2:46pm

FBM KLCI rendah, tekanan jualan saham mewah terpilih

KUALA LUMPUR: Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan aliran menurunnya pada penutup tengah hari hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham mewah terpilih, terutama kaunter kewangan, perdagangan dan perkhidmatan, kata peniaga.

Public Bank, TNB, Axiata dan Maybank adalah antara saham mencatatkan penurunan, sekali gus menyumbang secara ketara kejatuhan 3.31 mata dalam indeks penanda aras.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras berada pada paras 1,661.27, jatuh 15.91 mata selepas bergerak antara 1,660.17 dan 1,674.68 sepanjang sesi pagi.

Ia dibuka 6.17 mata lebih rendah kepada 1,680.27.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 533 berbanding 166 sementara 309 kaunter tidak berubah, 672 tidak didagangkan dan 23 lain digantung.

Jumlah perdagangan berada pada paras 840.05 juta saham bernilai RM834.10 juta.

Dalam kalangan saham mewah, Public Bank jatuh 32 sen kepada RM19.48, TNB merosot 16 sen kepada RM14.38, Axiata berkurangan sembilan sen kepada RM5.40 dan Maybank menyusut lapan sen kepada RM7.86.

Bagi kaunter aktif, IHH berkurangan satu sen kepada RM6.61, Digi jatuh enam sen kepada RM5.04, sementara MISC dan Maxis merosot tujuh sen setiap satu kepada RM7.54 and RM6.16, manakala IHH meningkat lapan sen kepada RM16.12.

Indeks FBM Emas jatuh 95.16 mata kepada 11,699.47, Indeks FBMT100 merosot 94.92 mata kepada 11,406.38 sementara Indeks FBM Emas Syariah 79.45 mata lebih rendah kepada 12,358.53.

Indeks FBM 70 jatuh 61.27 mata kepada 13,598.15 dan Indeks FBM Ace merosot 24.70 mata kepada 5,162.95.

Mengikut sektor, Indeks Perindustrian 19.19 mata lebih rendah kepada 3,109.53, Indeks Kewangan jatuh 182.41 mata kepada 14,223.47 sementara Indeks Perladangan menyusut 14.88 mata kepada 7,846.37. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X