Khamis, 15 September 2016 | 11:16pm

Paralimpik: Radiah raih gangsa

SITI Noor Radiah Ismail, 23, meraih pingat gangsa dalam acara lompat jauh T20 pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016. - Foto Twitter
SITI Noor Radiah Ismail, 23, meraih pingat gangsa dalam acara lompat jauh T20 pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016. - Foto Twitter

KUALA LUMPUR: Siti Noor Radiah Ismail, 23, meraih pingat gangsa dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016, sebentar tadi.

Atlet berusia 23 tahun dari Johor itu melakukan lompatan sejauh 5.20 meter (m) sekali gus memecahkan rekod Asia 5.10m yang dilakukannya ketika memenangi emas di Sukan Para Asia di Incheon 2014.

Emas dan perak masing-masing menjadi miliki Mikela Ristoski dari Croatia dan Karolina Kucharczyk dari Poland.

Ristoski melakukan lompatan sejauh 5.67m manakala Kucharczyk 5.55m.

Seorang lagi atlet negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, keempat dengan lompatan sejauh 4.91m.

Secara keseluruhan, kontinjen negara kini memungut tiga emas dan satu gangsa.

SITI Noor Radiah Ismail. - Foto fail/BERNAMA
SITI Noor Radiah Ismail. - Foto fail/BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X