Rabu, 21 September 2016 | 2:43pm

TH ziarah waris jemaah haji meninggal dunia


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Badlisyah Abdul Ghani. - Foto NSTP/Malai Rosmah Tuah

KUALA NERUS: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga seorang jemaah haji, Allahyarham Zakaria Abdullah, 55, yang meninggal dunia di Makkah.

Allahyarham Zakaria meninggal dunia akibat serangan jantung ketika solat di Masjidil Haram, Makkah, pada jam 9.30 pagi waktu Saudi, 9 September lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Badlisyah Abdul Ghani menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham, Roslina Abdul Rahim, 43, di kuarters Pertubuhan Peladang Kawasan Manir/Belara, Kampung Kubang Jela, Manir, sebentar tadi. Turut hadir, Pengarah TH negeri, Datuk Mohyen Mosman.

Badlisyah berkata, hingga kini, seramai 14 kematian dilaporkan membabitkan jemaah haji negara tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sembilan meninggal di Makkah, Madinah (dua) dan masing-masing seorang di Hospital Putrajaya, Muzdalifah dan Mina.

Berita Harian X