Khamis, 22 September 2016 | 3:18pm

TH ziarah keluarga jemaah haji meninggal

KETUA Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani (kiri) menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada isteri Allahyarham Harun Juhari, Sutini Sulaiman (dua dari kanan) pada Majlis ziarah waris dan keluarga Allahyarham Harun Juhari di Taman Suria, Ayer HItam, Batu Pahat turut serta Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot (kanan. - Foto Syarafiq Abd Samad

BATU PAHAT: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga seorang jemaah haji, Allahyarham Harun Juhari, 75, yang meninggal dunia di Makkah.

Allahyarham Harun meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru ketika dirawat di Hospital King Abdul Aziz, Makkah, pada jam 7.45 malam waktu Saudi, 7 September lalu.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ek, Makkah, selepas solat Subuh, 8 September lalu.

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, menyampaikan sumbangan wang khairat kematian RM1,500 kepada balu Allahyarham, Sutini Sulaiman, 64, di rumahnya di Taman Suria, Ayer Hitam, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot dan Pengarah TH Johor, Datuk Mokhzani Mukhtar.

Adi berkata, hingga kini, seramai 15 kematian dilaporkan membabitkan jemaah haji negara tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, 10 meninggal di Makkah, Madinah (dua) dan masing-masing seorang di Hospital Putrajaya, Muzdalifah dan Mina.

Sementara itu, Sutini berterima kasih kepada TH kerana membantu menguruskan sepenuhnya pengebumian Allahyarham suaminya di Makkah.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada TH yang banyak membantu saya dan menguruskan arwah suami yang sakit di sana sehingga beliau dikebumikan dengan sempurna," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X